// Kesyukuran

12:28 nrlsyammakml 0 Comments

Assalamualaikum.

hi peeps. tak lepas aku nak post entry kan. hari nii aku rasa gembira sangat sebab keputusan exam aku yang agak memberangsangkan, sehingga tidak melukakan hati aku dan keluarga tercinta di Perak. Alhamdulillah ya Allah. aku bersyukur. 

rasa gembira aku meluap luap. acehwah. tahu kenapa? sebab ye la, dulu kat maktab aku tak merasa pointer mcm nii, effort aku bukan budak budak pandai. sehingga mampu memberikan 3.5 dan ke atas kepada keluarga. aku hanya mampu bagi 3.4 sahaja. 

tapi, alhamdulillah. aku bersujud padaMu yang Maha Esa. 3.7 pointer untuk electronics principles. aku post entry ini bukan untuk menyatakan rasa riak di hati, tapi aku mahu ingatkan pada diri sendiri dan orang lain, jika keputusan itu menggembirakan hati, harus diingatkan janganlah seronok hingga menimbulkan rasa riak di hati. 

aku berkongsi kegembiraan aku bersama ayah kesayangan aku. alhamdulillah aku dengar gelak tawanya yang seronok. mungkin beliau saja mengusik aku, kenapa tak 4 flat? aku tahu, beliau bangga dengan keputusan aku dan aku juga bangga membuat beliau tersenyum dan gelak gembira. serik. aku serik untuk melukakan hati mereka lagi. aku sudah berjanji untuk tidak lagi mengecewakan mereka seperti mana aku mengecewakan mereka dengan keputusan spm aku. aku malu. tapi mereka mungkin lebih malu. kerna, mereka sekolahkan aku di sekolah yang akan membuat orang lain merasa diri ini pandai. dan apa yang mereka rasa tentang diriku ini, akan menimbulkan perasaan riak di hati. 

itulah manusia biasa yang kekurangan ilmu. apabila dirinya merasakan begitu hebat, akan timbul perasaan riak dan berlagak. sebab itu harus sentiasa muhasabah diri. adakah keputusan itu akan membuat diri ini riak? sebelum perasan itu timbul, segera lah anda muhasabah diri. 



kata kata ini membuat aku berfikir sejenak. ya. sangat benar apa yang diperkatakan. keputusan menggembirakan, tetapi jika hati ibu ayah tak senang tentang kita, tak kemana jugak keputusan itu. sebab itulah berkat dari ibu ayah teramatlah mulia. doa mereka bawa ke syurga. doa mereka akan menunjukkan kita ke kehidupan yang berkat dan senang. dan doa mereka juga dimakbulkan dan yang Maha Esa akan mengurniakan balasan yang akan baik. seperti kejayaan dalam bidang kita ceburi.

aku bersyukur mempunyai keluarga ini. teramat bersyukur. aku bukan dari keluarga yang berada mahupun senang. ibu ayah selalu mengingatkan, nak hidup senang, belajar rajin rajin, belajar tinggi tinggi. in shaa Allah senang. benar apa yang mereka perkatakan itu. tapi aku sebagai anak, mesti ada niat dan niat itu harus dilakukan kerna jasa mereka kita tidak boleh balas. kerna tak terbalas. jadi fikirkan cara lain. dengan kejayaan yang bagus, kerja yang elok, mungkin ibu ayah akan mengulit infiniti senyuman dan hati dan perasaan mereka tidak dapat diungkapkan, hanya Maha Yang Mengetahui sahaja mengetahui betapa mereka gembira dan merasakan diri mereka tidak sia sia membesarkan anak yang telah dikurniakan. 

aku hidup bukanlah dalam sebuah keluarga malahan aku hidup sebahagian keluarga besar yang sangat bahagia. mungkin orang akan merasakan hidup aku dikawal, di kongkong. ya , waktu aku meningkat remaja aku rasa seperti itu. mungkin sewaktu itu aku tidak berfikir panjang. aku menghormati apa yang diperkatakan oleh kakak aku. tapi itulah, hati memberontak, jiwa kacau, terlalu memikirkan keseronokan, aku peduli apa yang diperkatakan. sehingga aku berani membuat perkara yang diluar jangkaan. aku mengecewakan keluarga tercinta. tapi waktu itu, aku kurang kesedaran di hati, mungkin Allah menutup pintu hatiku, kerna terlalu mengejar keseronokan keremajaan itu. 

akhirnya, keseronokan itu diakhiri dengan penyesalan. penyesalan yang tidak dapat diubah. tetapi tidak bermakna mengubah kehidupan kita seratus peratus. masih mampu memikirkan yang terbaik untuk masa hadapan. tapi alhamdulillah, sewaktu peperiksaan percubaan aku cuba untuk bangkit dari terus membelengu dalam penyesalan itu. alhamdulillah aku mampu mengambil peluang untuk sambung belajar sebelum kepetusan spm diumumkan. waktu itu keluarga aku bangga dengan peluang itu tapi tidak menyatakan rasa itu keran apa yang mereka melihat dari diriku, aku telah banyak berubah. terlalu banyak. sehingga diri aku sendiri tidak menyedari perubahan itu.

menyesal. itu yang dirasakan. tapi waktu tidak dapat diundur, namun masa hadapan kita mampu mengubah bukan. aku terasa. kerna layanan mereka terhadap aku sedikit meragui hatiku. aku tahu aku sedar itu kesalahan aku. mungkin keegoaan aku, aku malu untuk minta maaf. bukan tiada hati untuk meminta maaf, cuma lemas dek keegoaan aku sendiri. dalam diam aku merancang yang terbaik untuk keluarga. alhamdulillah apa yang dirancang dipermudahkan. tapi bukanlah sempurna seperti yang dirancang.  

penghujung penulisan.

*keluarga. apabila jauh di perantauan, baru kita akan sedar akan kejadian yang pahit berlaku dalam kehidupan kita. ingatlah, setiap yang pahit akan datang yang manis. tapi janganlah terlalu mengharapkan kemanisan itu kerna apabila terlalu mengharap lebih dari yang Maha Esa, kepahitan akan datang secara perlahan. pada waktu itu penyesalan sudah tidak lagi bermakna. sebelum kepahitan datang sehingga menyebabkan timbul penyesalan, beringatlah. kemanisan dari keluarga adalah kemanisan yang paling indah dalam hidup kita. lihatlah, jauh mana kita merantau mencari ilmu, melakukan ibadah pekerjaan, pada keluarga juga kita akan merindui di sebalik merindui yang kesayangan yang menemani kita dikala berjauhan dengan mereka. alhamdulilah. bersyukur lah dengan apa yang ada. selagi mereka masih bernafas dan masih menghubungi kita, berbaktilah kepada mereka. pertalian darah masih mengalir dalam jasad kita. alhamdulillah once again*

maaf jika apa yang ditulis kali ini ada yang mengguris hati mana mana pihak yang membacanya. mungkin dalam sekitar umur sebegini, orang akan memikir, tidak layak untuk menulis seperti ini. tapi aku hanya menyatakan pendapat dan berkongsi pengalaman hidup. 

sungguh, aku merindui ibu ayah di taiping.


forever and always,
flawless__

You Might Also Like

0 comments: