sang hati

sakit yang tak nampak pada luaran. bukan semua dapat lihat apa yang dirasa, dapat rasa apa yang dirasa. since aku tulis pasal "sang hati" mungkin orang aku fikir aku tengah "frust ke?" "kecewa ke?" "dipermainkan ke?" "pahal ni?" takla, semua orang ada "sang hati", sakit yang tak nampak pada luaran, sakit pada dalaman yang mungkin mengambil masa untuk sembuh, tempoh masa yang lama. 

selalu rasa sakit akan datang bila "orang yang kita sayang pergi" kadang kadang bukan itu sahaja, banyak, cuma depends on our self pandai ke tak nak kawal rasa sakit tu. saja aku nak bercerita tentang "sang hati" nak berkongsi tentang "sang hati" aku. yang mungkin kadang kadang ada rasa sakit dia, ada rasa seronok dia. ada masa. cuma masa kadang kadang sesuai dengan apa yang aku rasa kadang kadang datang tak sesuai dengan mood aku. "sang hati" yang banyak hadap dugaan, sakit, gembira dan sebagainya. "sang hati" juga ajar aku erti kesabaran, sbb mungkin aku tak pandai kawal, lain jadinya. 

"bila kita sayangkan seseorang, Allah menguji kita dengan pelbagai dugaan." 

positif, betul sangat apa yang diperkatakan, sebab kenapa Allah uji, kadang kadang dalam hubungan kita menangis, mengalah, gembira, cemburu dan sebagainya, sebabnya mampukah kita pertahankan hubungan kita jika datang dugaan sebegitu. aku nak sembang kencang pun aku bukanlah orang yang berilmu, kadang kadang aku sendiri terhimpit dalam masalah hubungan sendiri. apa yang aku buat, aku realize, aku berfikir panjang, mungkin kadang kadang aku tak dapat nak kawal emosi sebab fitrah perempuan memang kuat ber-emosi. kita tak boleh lari pun dari dugaan yang diberi, apa yang perlu kita buat, hadap. tak susah kalau kita mampu, jadi susah bila kita give up, tade give and take, no slow talk, mungkin hubungan akan jadi retak.

"aku, lebih suka pendam dari luahkan" 

continue, habits aku, pendam apa yang aku rasa, kadang kadang memakan diri jugak, kadang kadang aku boleh jadi sedih selalu, tapi sedih aku, aku tak suka tunjuk, nangis aku takde sp nk dengar sebab aku suka pendam. tapi lepas dari aku kenal dia, banyak yang aku jujur dengan dia, if aku rasa cemburu, aku cakap. tapi kadang kadang apa yang aku pendam dia akan tau sendiri, alhamdulillah. dia jadi pendengar setia aku, pen-nasihat aku, eventhough aku ni act kuat sangat emosi, tapi dengan dia aku pandai kawal emosi aku, aku always terima nasihat, semangat dia dengan hati yang terbuka. 

"yang aku harap, apa yang ada dengan aku takkan hilang dari sisi aku, dari hati aku, dari pandangan aku, dan dia takkan berubah hati"

ini yang aku harap, sangat sangat mengharap. sebab aku dah bahagia dengan apa yang aku ada, dah seronok dengan apa yang aku ada sekarang. kadang kadang "sang hati" ada terguris hati, terasa hati, tapi sokay sebab itu adat. sebab kadang kadang tak datng bahagia selalu kadang kadang sedih pun nak melawat "sang hati"

"soal jaga hati. nampak senang, tapi hakikat?"

benda yang always, everyday, every second, every minute senang cakap memang dah macam daily life yang kena jaga. nampak benda "jaga hati" sama dengan "jaga barang yang kita sayang" tak sebenarnya, "jaga hati" benda yang paling susah nak jaga, kadang kadang bukan setakat hati otang yang kita sayang, hati sendiri pun susah nak jaga sebenarnya. sebab "jaga barang yang kita sayang" akan hilang jugak one day, tak hilang maybe kita akan jumpa barang lebih kita sayang. kalau "jaga hati" , kita nak ke jumpa orang lain lepas kita dah truly sayang orang itu, tak kan? if ada manusia yang nak, maybe dia ada masalah dengan soal hati. 

sebab hati aku, aku jaga untuk orang aku sayang. always jaga, kadang kadang bukan hati aku yang aku jaga, hati orang yang aku sayang aku jaga jugak, sebab kalau kita kehilangan "hati orang yang kita sayang", hati kita juga akan hilang. sebab mungkin hati dah tetap untuk dia, hati dah sayang untuk dia. so, aku mengharapkan dia, takkan berubah hati dengan aku, aku tak dapat bayang jika hatinya berubah? benda aku tanak fikir, sebab aku percayakan hati dia. tapi kadang kadang aku kena fikir jugak if one day "aku hilang hati dia, dan dia" hmm aku tanak bayang. pedihnya hati, sakitnya hati. 

"mendoakan agar hatinya tetap dan berpendirian"

solusi yang terbaik selain mengharap. takkan aku nak mengharap tanpa apa apa usaha. ini yang aku buat selalu dan aku juga mengharapkan ini juga yang dia buat. sebab aku terlalu sayang. 


terima kasih atas pemberian 'dress bunga bunga' yang always jadi feveret.


"yang mengharapkan takkan jauh disisi dan takkan berubah hati"
"jaga hati selalu"


"i vow for always be by your side and always do our best in our relationship"


lots of love, 
_mawxrrr


selamat sembilan puluh hari.

hi people, and Assalamualaikum.

say hi to everyone that reading my blog. "so, hiiiiii", haha, permulaan ayat nak memulakan blog rasa macam agak kekok, since aku jarang jarang ber-blog. busy kalah menteri la kata kau. haha, poyo jekkk. sokay sokay. just back to the point. "selamat sembilan puluh hari". what the hell la kan caption tajuk tu kan, haha. 

actually, 


kepada orang yang always ber-selfie, thank you for every single things that you had done for me. truly, i love you. k mungkin tak perlu kot nak luahkan kat sini. public kan, haha. awak, bersyukur atas pertemuan kita ini sehingga menjadikan hari hari kita berubah. mungkin permulaan perhubungan kita dihimpit dengan macam macam dugaan yang mungkin akan membuatkan dua dua give up. tapi, alhamdulillah atas usaha kita berdua, toleransi kita dalam hubungan, give and take kita akhirnya menjadikan hubungan kita ini indah. walaupun kekadang terhimpit rasa cemburu, salah faham dalam hubungan, mungkin itu kita jadi kan pengajaran dan mungkin boleh lebih mematangkan hubungan kita. 

terima awak seadanya kerana setiap orang ada kekurangan dan kelebihannya tersendiri. mungkin awak tak seperti lelaki lelaki lain, tetapi menjadi diri awak sendiri membuatkan saya lebih senang nak teruskan hubungan ini ke masa hadapan. sejujurnya, pada permulaan, hubungan kita sangat rumit, sehingga saya berserah pada yang Maha Esa, sehingga sekarang saya berserah kepadaNya. kerana, semua takdir pada ketentuanNya. apa yang saya nakkan dari awak bukanlah, harta atau wang ringgit, tak perlukan hadiahkan saya dengan barang barang yang saya impikan, saya tak perlu itu untuk buat saya bahagia. apa yang saya nakkan adalah, awak jaga hati awak untuk saya. mungkin benda ini nampak mudah, "ye saya jaga hati saya untuk awak", kalau boleh janganlah sekadar lafaz dengan kata kata, tapi biarlah dari sudut hati, awak ikhlas untuk jagakan hati awak untuk saya. 

kerana, kita tak tahu apa yang akan terjadi pada masa hadapan. semua orang akan mengharapkan yang terbaik dalam hubungan mereka, sama juga macam saya. tapi, bukan saya tanak mengharap, saya tanak terlalu mengharap kerana dengan harapan yang tinggi takut takut akan melukakan hati saya. sebab dengan umur cmni, saya dah tanak fikir tentang cinta yang seterusnya, saya mengharapkan awaklah orang yang akan menjaga saya sampai bila bila selepas ayah saya nanti. 

dalam masa terdekat ni, dah nk dekat dengan cuti sem. berjauhan mungkin akan membuatkan hati kita ragu ragu antara satu sama lain. bukan saya tak percayakan awak, saya percayakan awak, tapi kalau awak ikhlas hati awak untuk saya, awak mungkin tak buat benda benda yang akan membuatkan hubungan kita jauh. awak, pls jaga hati. maybe "jaga hati" adalah benda yang simple, tapi bila difikirkan itulah benda yang paling susah nak jaga. terletak pada diri kita, hati kita macam mana kita nak manage benda benda cmtu. 

saya tak halang awak untuk awak berkawan dengan sesiapa, tapi berkawan sehingga batasannya. mengharapkan persahabatan awak dengan sesiapa tidak memberikan harapan kepada orang ketiga. saya tidak mahu hadirnya orang ketiga dlm hubungan kita, tade sp suka akan "kehadiran orang ketiga". then, less than 6 months awak akan keluar dari tempat ni kan awak. to be honest, waktu cmni lah dugaan dalam hubungan kita akan datang. awak dekat tempat kerja awak, saya still lagi kat sini.

that 'simple' thing that i want from you is, please take care of your heart instead of take care of yourself. dear, thank you for everything throughout in our relationship. may our relationship everlasting and always pray for the best and the happiness okay my dear.  



almost setahun.


Hi peeps and Assalamualaikum.

lama jugak ni tak ber-blogger sampaikan hampir lupa macam mana nak start, pergh kekok jugak ni, actually too much story yang aku nak share, maybe these what we call as life maybe. semua orang ada life sendiri. macam mana cara kita mulakan life kita, tentukan life kita, semua atas pendirian sendiri. 

kenapa tajuk atas 'almost setahun'? just nak share about apa yang aku rasa almost setahun aku dekat selangor, menuntut ilmu and in the same aku rasa erti kehidupan. maybe orang mungkin rasa, aku terlalu muda nk cakap pasal ini, tapi setiap orang diberi peluang sendiri untuk menyatakan apa yang mereka rasa sepanjang mereka meminjam bumi Allah. cara kehidupan kita berbeza beza samalah macam aku. 

since aku kat selangor, macam macam aku jumpa macam macam gaya orang aku kenal sehinggakan aku belajar something daripada mereka. mereka yang aku katakan adalah mereka yang aku anggap macam ahli keluarga sendiri. and lastly aku kenal seseorang yang aku mengharapkan akan jadi harapan aku sampai bebila dan takkan menghampakan aku.

maybe mereka keluarga kedua aku disini. maybe aku rasa boleh jaga aku bila harapan aku keluar dari kolej nanti. sedihkan. sejujurnya, bila aku keseorangan, jauh aku fikir, berapa tahun lagi, berapa bulan lagi, berapa hari lagi, berapa jam lagi, berapa minit lagi dan berapa saat lagi aku akan bersama mereka. jika Allah lebih menyayangi aku, maybe masa yang aku fikirkan akan hilang sebab Allah lebih sayangkan aku. kenapa cakap cmni? kita still muda. as hamba Allah, tak perlulah kita berkata seperti itu sebab bila bila masa sahaja Dia akan mengakhiri nafas kita.

since kenal mereka, aku rasa macam tak sia sia aku belajar sini, rasa sayang aku terhadap mereka terlalu kuat maybe, sebab bila lepak sekali, rasa macam dah lama kenal. maybe chemistry bonding kami terlalu sebati. and sampaikan aku anggap as 'abang-abang kakak-kakak' aku. cahaya. satu nama yang always aku anggap 'abang' aku, sebab mana mana or apa apa yang dia buat mesti dia share, and yang paling seronok aku dengar bila dia bahagia dengan Indah dia, Alhamdulillah. because everybody deserve to get the happiness.

cahaya. the only 'abang' yang aku kenal luar dalam dia even almost setahun baru kenal.
semoga bahagia dengan Indah ya bruhh.

and lastly since aku datang selangor as student, aku telah mengenali seseorang yang aku mengharapkan menjadi harapan yang takkan menghampakan aku, Amin. perasaan dari kawan baik bertukar menjadi terlalu rapat. sehingga memberikan kebahagiaan dalam kehidupan aku. and aku mengaharapkan sampai bila bila dia akan beri kebahagiaan tanpa rasa jemu. 

sejujurnya permulaannya kadang kadang ada rasa hiba, sedih tapi aku always positif and always percaya "bila terlalu sayangkan seseorang Allah akan menguji kita dengan pelbagai dugaan kepada kita", sebab percayalah Allah takkan uji hambaNya lebih dari kemampuan hambaNya. walaupun dia always fikir yang aku sentiasa sedih bila ada disisinya, sebenarnya anggapan dia mungkin dia nampak hanya luaran. dalaman aku hanya Allah tahu, yang aku sayangkan dia, even ada juga aku mengeluarkan air mata dalam perhubungan, aku masih boleh senyum and always said in my heart, "mii, dalam hubungan takkan datang indah selalu sebab kadang kadang hati pun teringin rasa hiba,rasa duka"

perhubungan aku ini pun masih baru, and aku sentiasa mendoakan yang terbaik dalam hubungan and nak perform yang terbaik, sebab dalam umur macam ni, aku dah tanak fikir pasal lain, cuma belajar, kerjaya, keluarga, kebahagiaan, persahabatan and lastly dia. rasa sayang aku dah lama ada dalam diri aku, sebab aku sanggup korbankan tenaga masa untuk dia. bukan aku mengungkit, tapi apa yang aku korbankan itu alhamdulillah dihargai and datang kebahagiaan yang takkan pernah impi macam ni. 

terima kasih atas segalanya. 


aku pun tak pernah terfikir diri aku berubah sampai macam ini sekali, berubah yang aku always positif dengan kehidupan aku. sebab aku selalu ingatkan diri 'kenapa harus kita fikir negative sedangkan negative tu yang akan jadikan diri kita down, and cepat give up' betul kan. aku pun sentiasa ingatkan dirinya supaya always biasakan dalam kehidupan kita ni positif. sebab perkara positif akan buat rasa diri kita semangat teruskan kehidupan kita kehadapan tanpa melihat kisah silam kita lagi.

"senyum. senyumlah sehingga menitiskan air mata, walaupun ia hanya air mata kesedihan tapi senyumlah walaupun perit" kata kata yang aku belajar, yang aku dapat since 18 tahun aku hidup. sebab even hati sakit, hati terluka, dengan senyuman mampu mengembalikan keceriaan yang telah hilang walaupun perit untuk kita kuatkan hati, tapi percaya Allah ada bersama kita. and one more yang aku sentiasa tetapkan dalam diri aku "lepaskan semuanya dengan air mata pada permulaannnya, kerana selepas itu kita akan rasa lega kerana semua kelemahan, kesedihan kita telah keluarkan"

lots of LOVE,
mawxrrr,xx